PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2016

Pengenalan

  • Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Untuk makluman permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah akan dibuka pada 1 September 2015
  • Sila pastikan maklumat kokurikulum pemohon dikemaskini.
  • Pertanyaan berkaitan syarat dan permohonan ke Sekolah Kawalan boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon.

Salam AidulAdha daripada Warga SKSES.

Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura-pura buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
Selamat hari raya korban.

LeMbu menangis tak henti-henti
KaMbing sebOk sorokkan diri
UNtA pulak buat-buat mati
BiRi-bIrI tiba-tiba tak sedarkan diri
Apahal dgn semua binatang-binatang ni
Patut lah esok dah RAYA HAJI



Konvoi Berbasikal Merdeka 2015

Konvoi Berbasikal Merdeka 2015
========================

Konvoi ini terpaksa dibatalkan kerana IPU berada ditahap tidak sihat. Apapun dijalankan pelancarannya sahaja dan digantikan basikal tercantik.






Perhimpunan Rasmi Mingguan

Minggu Ke-33, Isnin, 14 September 2015.


Guru Bertugas;
1. PN. SHAZWAN BINTI SAFIE
2. PN. ROSPALELA BINTI YUSOFF

Pengacara; 
ROSHINI A/P KARNAVEL, Tahun 4 Arif.

Pembaca Doa;
MUHAMMAD NAJMI BIN MOHD HAIRUL ANUAR, Tahun 6 Arif.

Pembaca Ikrar;
MOHAMAD NUR SAFARI BIN NUDIMAN, Tahun 5 Arif.

Sambutan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 2015



Tentatif Program Hari Kokkurikulum 2015

7.30 pg :    Berkumpul di dataran
8.00 pg :    Aeorobik
8.30 pg :    Murid kumpul ikut pertandingan
9.00 pg :    Pertandingan dijalankan serentak
11.00 pg :  Pertandingan tamat
11.10 pg :  Murid berbaris di kantin untuk mengambil makanan.
11.30 pg :  Bersurai.
Guru2 boleh mngambil makanan sebelum balik.


Selamat Menduduki UPSR 2015

8 - 10 September 2015.




Salam Takziah Buat Keluarga Cikgu Zaleha


Daripada;
Seluruh Warga SKSES.

SKSES Excellent


Selamat datang ke blog SK Simpang Empat Sitiawan, 2015 adalah tahun Excellent bagi SKSES kerana berpindah ke bangunan baru yang lebih selesa, selamat serta sesuai dengan suasana pembelajaran yang lebih baik.