Hari Kokurikulum 2015


1.0  PENDAHULUAN

Hari kokurikulum merupakan satu acara kemuncak bagi aktiviti mingguan kokurikulum yang diadakan sepanjang tahun 2015.


2.0  MATLAMAT

Hari kokurikulum ini akan menggalakkan dan memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai acara yang direncana.


3.0  OBJEKTIF

3.1  Memupuk semangat bersatu padu dan bekerjasama dalam diri pelajar untuk beroleh kemenangan.
3.2  Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan beredikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber
3.3  Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi
3.4  Memberi ruang kepada pelajar untuk aktif dalam bidang kokurikulum.


4.0  TARIKH, TEMPAT & MASA

4.1 Tarikh              : 12 September 2015
4.2 Tempat            : Dataran Ilmu SKSES dan Padang SMAB
4.3 Masa               : 8.00 pg hingga 11.00 pg.


5.0  SASARAN
Semua 264 murid SKSES yang merupakan ahli Unit Beruniform :
Tunas Kadet Remaja Sekolah : 54 murid
Tunas Puteri                            : 51 murid
Puteri Islam                             : 57 murid
Pengakap                                : 52 murid
            PBSM                                       : 50 murid


6.0  KPI (Indikator Petunjuk Prestasi)
Seramai  sekurang-kurangnya 250  orang murid dapat terlibat dalam pertandingan / acara yang disediakan.



STRATEGI PERLAKSANAAN

9.1  Acara yang dipertandingkan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2. Murid tahap 1 akan bertanding mengikut kelas masing-masing manakala murid tahap 2 akan bertanding mewakili unit beruniform. Secara keseluruhannya, untuk setiap unit beruniform akan menghantar peserta berdasarkan pecahan berikut :
      
      
BIL
ACARA
BILANGAN MURID
1.
Pertandingan Ikatan Dan Simpulan
10 orang
2.
Pertandingan Memasang/Membuka Khemah
4 orang
3.
Pertandingan Teng Teng
16 orang
4.
Pertandingan Galah Panjang
11 orang
5.
Pertandingan Memasak
6 orang

Jumlah
44 orang



9.2  Disamping itu, hadiah juga akan diberikan kepada unit beruniform yang cemerlang. Untuk setiap acara yang disertai dan dimenangi, markah akan diperoleh seperti berikut :
      
       Tempat pertama      :           25 markah
       Tempat kedua           :           20 markah
       Tempat ketiga          :           18 markah
       Tempat keempat      :           10 markah
       Tempat kelima         :           8  markah

9.3  Setiap unit beruniform juga perlu menghantar 3 orang helpers untuk membantu melicinkan pelaksanaan program.

9.4  Tentatif – rujuk lampiran  1

9.5  Peraturan pertandingan – rujuk lampiran 2

9.6  Borang pendaftaran pertandingan. – rujuk lampiran 3

9.7  Borang pemarkahan pertandingan. – rujuk lampiran 4

9.8  Hukuman kawad – rujuk lampiran 5

9.9  Jenis ikatan dan simpulan – rujuk lampiran 6


2.0  PENUTUP
 Hari kokurikulum yang diadakan ini diharap dapat memberi dorongan kepada murid-murid supaya lebih aktif dalam bidang kokurikulum sekaligus menyumbang sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama sekolah. Semoga semua perancangan dapat dilaksanakan dan objektif program dapat dicapai.